Tuesday

Hikmah





Kehilangan kadang-kadang terlalu perit untuk ditelan tetapi kehilangan juga adalah satu didikan untuk melatih diri menjadi lebih tabah.Kuncinya adalah redha.Memang bukan mudah tetapi masa yang akan menentukan.Beruntunglah sesiapa yang diberikan hidayah.Doakan supaya diri tidak terpesong setelah dikurniakan hidayah.Hidayah adalah sesuatu yang amat mahal tiada nilai baginya.
Genggamlah ia,jagalah sehabisnya.

Hidayah hanya datang dan pergi,manfaatkan hidayah Allah dengan sabar di atas ketentuanNya.
Cintailah Allah dan Rasul melebihi sesiapa,
semoga Allah ampuni dosa-dosa kita . . .

Allah izinkan berlaku kehilangan dan perpisahan,
kerana kehilangan dan perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah berfirman, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."

Monday

Enam.



                                                        #Jangan lupa puasa enam!#

Syawal dirai nikmat disyukuri


Salam Syawal...
Semalam,hari ini,rumah terbuka masih rancak diadakan.Dan juadah pun,,hmmm...boleh tahan...Dannn berat badan pun naik-naik,tidak turun-turun.(haish,bila nak start puasa enam?)

Open house sana sini,suasana raya masih terasa walaupun budak sekolah sudah kembali ke sekolah,orang dewasa sudah kembali bekerja.Ayuh,semamgat untuk kembali bekerja!hehe.yang pasti bagi yang masih bercuti,masih lagiiiiiii menikmati cuti ini. =)

Apabila bercakap tentang lebaran,kuih raya,baju raya,kasut raya dan lain-lain raya memang tidak dapat dipisahkan,bukan?Menyentuh perihal baju raya.berapa pasang  tahun  ni?Wah,ada yang 5,6 pasang,ada juga yang 8,9 pasang!Semangat ye nak raya. =)
Tak kisah lah berapa pasang baju raya masing-masing,tapi yang pasti jangan membazir.Rasanya sepasang pun dah cukup untuk dipakai pergi solat raya.Yelaaa,nak solat raya sunat pakai baju baru.Tapi kalau 8,9 pasang?tiap-tiap hari nak baju baru!Tak salah pun banyak baju,tapi kalau niat nak menunjuk-nunjuk,itu yang salah!Bagi saya,sepasang dah memadai.Raya kedua,ketiga dan seterusnya,tak kisah pun recycle baju dulu-dulu.Yang penting apa erti lebaran perlu diutamakan.Hayati erti sebenar eid fitri.Eidul Fitri adalah untuk meraikan kemenangan setelah 'berjaya' mengharungi sebulan Ramadhan dan menzahirkan rasa kesyukuran.Alhamdulillah . . . 
paling penting kesederhanaan adalah pilihan terbaik.
Taqabbalallahu minna wa minkum . . .

Apa-apapun,kanak-kanak adalah insan yang paling gembira di hari raya dan hilai tawa merekalah yang menceriakan suasana,kan Iman??? =)

Friday

Pada yang tiada

Rindu pada yang tiada,
Tiada untuk selamanya.
Mudah untuk dipujuk malah lebih mudah untuk redha
tetapi
rindu pada yang tiada
tiada di depan mata dekat dalam hati.
ibarat dekat tapi jauh.
Ya Allah,, yang maha suci tuhan pemilik alam kasih sayang
ia amat memeritkan.
#kehidupandankematian#

kembali kepada fitrah . . .
Salam eidul fitri.
taqabbalallahu minna wa minkum..
kullu 'am wa antum bikheir..

Thursday

Penjarakan Hati

Ya Ramadhan...
Dia masih bertamu pada saat nadi masih lagi berdetik.
Alhamdulillah...
Namun,waktu keberangkatannya sudah hampir tiba.
Tinggal 9 hari sahaja lagi.
Jom rebut baki yang masih ada sebelum tiada.
Di 10 terakhir Ramadhan,
penjarakanlah hati dari nafsu dunia
yang hanya setitik air dari seluas lautan.
Penjarakanlah hati dari sifat mazmumah
agar berkurang sifat negatif.
kuncikan hati dengan sifat mahmudah
agar terdidik dengannya.
kuncikan hati agar cenderung kepada perkara ukhrawi
agar tidak terus leka nanti.


Fight for lailatul Qadar!
May Allah choose us for Qiyam..
#janganlah pada lailatul qadar kita tidur!#