Friday

Kosong.

Setiap hari perkataan 'kosong' muncul dalam hidup.
Milo KOSONG panas,
Tin KOSONG,
Cakap KOSONG... (dan lagu KOSONG-Najwa Latif pun,kan Kak Mira? =D)

Yang Pentingggg ..... Air kosong.
Bukankah setiap hari manusia meminum air kosong.Malah air kosong merupakan keperluan dan kepentingan dalam kehidupan manusia.Manusia boleh mati tanpa air kosong di atas!Hebat kan air kosong.Walaupun hanya air yang 'kosong' tapi ia bukan kosong bagi manusia.Bukan seperti tin kosong yang disepak di tepi jalan.Air kosong memang 'kosong' tetapi di dalammya bukan kosong.Tapi mengandungi molekul H2O->Hidrogen dan Oxigen (oh,tiba-tiba rindu pada sains! =D) Molekul-molekul dalam air ini yang memberi tenaga kepada badan manusia walaupun tiada rasa.

Hidup boleh jadi kosong?Ya,tetapi kita tidak akan pernah hidup dalam kekosongan.Kenapa?kerana Allah selalu ada bersama kita.Allah adalah teman setia yang sentiasa ada ketika susah dan senang.Akan tetapi sangat sombong manusia yang kosong,yang hanya ingat akan Dia pada waktu susah!Astaghfirullah.Kalau rasa kosong,itu hanya perasaan.Allah selalu ada!


Apabila hidup terasa kosong,sebenarnya kita bukan sedang dalam kekosongan.tetapi kita sedang menjalani proses untuk melengkapkan.Setuju?Manusia,tidak akan pernah berasa cukup dengan apa yang telah dimilki,bukan?

Kalau hati kosong?No komen.

Note : Kalau hidup di dunia terasa kosong,kita boleh dan mampu mengisi,tetapi jika hidup di akhirat kosong tanpa amal,bagaimana???

No comments: