Sunday

Lapar dan dahaga.

Lapar.
Dahaga.
Sangat lapar.
Sangat dahaga.

Tapi tak nak air.tak nak makanan.
Kasih sayang?pun bukan jawapannya.
Kasih sayangNya yang melimpah ruah hingga tak terkira sudah mencukupi.
Kasih sayang mama abah,adik-beradik bagaikan menatang minyak yang penuh sudah memadai. Kasih sayang sahabat-sahabat pun apa kurangnya,patut disyukuri.

Lapar dan dahaga dengan makanan untuk jiwa.Jiwa terasa kering kontang,kemarau memanjang tanpa makanan.Langkah perlu sentiasa dicipta untuk mengisi kekosongan hati yang meronta-ronta mahukan "air dan makanan".Jawapannya,zikrullah.Terlintas di fikiran pesanan seorang sahabat agar sentiasa menyebut Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar.Dengan zikrullah hati akan tenang,hayatilah,akan terasa dekat dengan Pencipta.Tapi sekarang dia sudah kembali kepada Penciptanya.Dia benar-benar sudah dekat dengan penciptaNya.dan saya?saya terus rindu dengan pesanan dan kata-kata daripadanya.

Ujian itu mendekatkan seorang hamba kepadaNya.Ujian yang Dia berikan kerana mahu hamba-hambaNya yang terpilih dekat denganNya,kerana Dia rindu dengan rintihan,tangisan hambaNya itu.Rintihan dan tangisan yang jatuh ketika itu adalah seikhlas-ikhlasnya.Maka,mengapa mengeluh apabila ditimpa ujian?Oleh itu,BERSYUKURlah di atas ujian yang tiba,kerana terselit rahmat di sebalik ujianNya.






.Pimpinlah saya jika saya rebah.

.Bangunkan saya jika saya terlena.

.Bawa dan pimpin saya ke syurgaNya bersama kamu semua.

Friday

Past tense.


semalam adalah past tense,
hari ni adalah present tense,
esok adalah future tense.
Past is past.ayat tu selalu wujud,menandakan apa yang dah berlalu tidak boleh diundur lagi.
Biarpun manis,tidak akan dapat diulang,
Biarpun pahit,ditelan juga semestinya.

Semalam yang berlalu adalah kenangan.hari ini adalah kenyataan.esok pula lakaran masa depan.
hari demi hari yang dilalui pasti meninggalkan berjuta memori untuk dikenang dan dilupakan.yang pasti semalam tetap wujud sebelum tibanya hari ini dan esok.
Kerna itu hadirnya memori yang terus kekal dalam ingatan mahupun hati,dalam diri seseorang.

Pernah lihat seseorang yang sangat tenang?namun hatinya penuh dengan gelora yang tak pernah henti kunjung tiba.
Pernah lihat seseorang yang penuh dengan senyuman,namun hatinya penuh dengan air mata kedukaan. (sangat tabah orang-orang seperti ini.semoga kami juga mampu menjadi seperti mereka)
Itulah penangan kenangan semalam yang terus bermain di fikiran mereka yang mengimbasnya.Terkadang terfikir,perlu ke mengimbau kenangan dulu-dulu? *thinking corner*

Kisah yang lalu akan terus dan sentiasa berlegar di ruang minda dan hati.
Memori tidak perlu dipanggil,ia akan datang sendiri apabila terpanggil.Lakaran kenangan hanya tercipta untuk mereka yang pandai menghargai.


@hargai sebuah kenangan kerana akan tiba suatu masa ia akan pergi . . .@


memori tetap sesuatu yang sangat berharga untuk disimpan kerana terlakarnya sebuah memori disebabkan wujudnya sebuah diari . . .


#Memori tercipta bagi setiap insan tidak akan pernah sama#

sekian.

Thursday

sendiri

15Jan,,,hari terakhir bagi final examination period sem 1,2011/2012.tapi 17Jan saya masih di IIUM Gombak.sepi.sunyi.suasana itu sangat sinonim waktu dan ketika itu.bila duduk sorang-sorang,terasa sayu.cemburu.pun ada.sebab mereka sudah bersama famili masing-masing tapiiii saya,,, saya masih di UIA.Semua pelajar sudah pulang,lalu hati yang sayu ini dibawa lari ke masjid IIUM Gombak a.k.a Sultan Aziz Ahmad Shah Mosque.



suasana ini pada waktu maghrib

.nampakkah berapa orang di sebalik pagar itu.


Lepas tu jalan-jalan di sekitar kawasan UIA,terjumpa makhluk ini.


.seronoknya mereka bersama sahabat dan famili.

.sama-sama bekerjasama mencari rezeki.
.harmoni.


Then,part ni paling dalam dilema.

rambang mata tengok harga yang sangat menarik hati dan jiwa.

akhirnya takpulang dengan tangan kosong.ya,dah agak! =D


/kebanjiran manusia/

belanja diri sendiri dengan . . .




!BIG APPLE!

Kalau pergi sogo,tak sah,memang akan beli satu perkara.>>>


#Creampuff#

(favourite selamanya =D)

Dan akhirnya,bila dikenang kembali,sebenarnya perpisahan ini dengan ahli keluarga dan orang tersayang,adalah latihan untuk "perpisahan selama-lamanya".
-Renungan buat diri.-
.hargailah perpisahan.

ok,rasa macam mengarut,adik ajak keluar,jadi kene stop typing.

Saturday

sahabat peperiksaan.


saya dan exam.
bila berbicara tentang peperiksaan.
yang positif-stay up,study,pulun habis2.
yang negatif-tension,stress,tak boleh jawab dengan baik,takut.
walau apapun istilah dan perkataan yang terkeluar daripada mulut,exam period dah habis!inilah saat yang dinantikan oleh semua student kan? ;-)
hmm,,checklist,siapa sahabat setia ketika exam period...




sudah semestinya .anda dan buku.



.notes.



eh,tak kurang,sweets.gula-gula(daim dan kiss dari Langkawi!).

chocolate mana? =D



I want more!



.pisang.



wah,pulasan dan manggis!

(terima kaish abah!-buah tangan dari Kuala Kubu Baru)





dan tak lupa,makanan jiwa.AQ.


Lepas habis exam,,,ramai yang cakap nak balas dendam,nak tidur banyak-banyak.balik je tak nak tengok buku,tak nak sentuh buku.
tak kurang,,nak tengok movies sampai puas!sanggup tak tidur!(berbaloi ke?)

hmm,,apakah ini semua akan menghilangkan stress2 yang menyelubungi diri anda?
Tidak.tidak.tidak.
nak qada' tidur?
boleh,tapi takkan seharian tak nak bangun kan?mana pergi solat kita?
nak tengok movies?
boleh,tapi takkan 24jam dengan laptop,tv.tak sakit mata ke?

saya nak buat apa eh?
tidur?saya tidur malam je. =P
layan movies?saya bukan penggemar movies.ada masa2 tertntu je nak tengok movies,dan taktahu,takupdate latest movie apa.heeeee..
nak . . . . .
pergi 'DATING'.dah lama 'sahabat' ni kat rak buku.plastik pun tak buka lagi.masa sem berjalan tak sempat(konon je busy,mengalahkan PM.haha.)





hadiah.hehe.


Okay,sahabat-sahabat!selamat pulang ke rumah masing-masing dan selamat bercuti!semoga masa cuti kita dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang bermanfaat! =)