Saturday

Tiada dan ada


Apa yang ada jarang disyukuri,apa yang tiada mahu dimiliki.

Selalu sahaja manusia mengharapkan untuk memiliki apa yang tidak dipunyai,dan apa yang sudah ada di depan mata tidak dihargai.Angan-angan untuk mencapai sesuatu yang belum di dalam genggaman terkadang tidak tercapai oleh akal sehinggakan apa yang dimiliki sering dilupakan.

Sampai suatu masa apabila nikmat ditarik barulah tersedar betapa bernilainya sebuah anugerah yang telah dihadiahkan selama ini tercabut pergi meninggalkan diri serta-merta.Ya,pada masa itu barulah tercari-cari hadiah yang telah menghilang walaupun sebenarnya pintu peluang yang terbuka selama ini telah tertutup.

Menyesal?
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.di situlah wujudnya sudah terhantuk baru tengadah. (*opss,betul ke peribahasa ni?kalau salah tolong tunjukkan*)

Penyesalan tanpa perubahan hanyalah kosong.
Penyesalan yang diiringi pembaikan adalah bonus buat yang bangkit dari lena.

Jadi?

Hargai apa yang ada di depan mata,sayangi yang ada disekeliling.

PEMBAHARUAN,PERUBAHAN,PEMBAIKAN DIPERLUKAN SETIAP HARI UNTUK MENJADI YANG LEBIH BAIK.

WE NEED CHANGES TO BE A BETTER MUSLIM.
Let's go . . .

No comments: