Saturday

wujud dalam hilang.


Ceriteracinta.
masa yang lalu.
berlalu meninggalkan seribu satu cerita.
yang mampu mengundang rasa rindu.
cerita yang penuh suka dan duka.

Lalu tinggal menjadi sebuah kenangan.
Kenangan yang terpahat abadi dalam ingatan.
Ingatan yang membawa kepada sebuah perasaan rindu.
Rindu yang sering membawa hujan pada kalbu.

Ya!saya rindu "saat" itu.Sangatsangat.

It may has been a short time but personally,it has left me with precious memories that i will carry for the rest of my life.

Yup,for the rest of my life. . .






*ingatanpadakenanganyangmembawarinduseringmewujudkanyanghilangbiarpunhanyakhayalan*

Tiada dan ada


Apa yang ada jarang disyukuri,apa yang tiada mahu dimiliki.

Selalu sahaja manusia mengharapkan untuk memiliki apa yang tidak dipunyai,dan apa yang sudah ada di depan mata tidak dihargai.Angan-angan untuk mencapai sesuatu yang belum di dalam genggaman terkadang tidak tercapai oleh akal sehinggakan apa yang dimiliki sering dilupakan.

Sampai suatu masa apabila nikmat ditarik barulah tersedar betapa bernilainya sebuah anugerah yang telah dihadiahkan selama ini tercabut pergi meninggalkan diri serta-merta.Ya,pada masa itu barulah tercari-cari hadiah yang telah menghilang walaupun sebenarnya pintu peluang yang terbuka selama ini telah tertutup.

Menyesal?
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.di situlah wujudnya sudah terhantuk baru tengadah. (*opss,betul ke peribahasa ni?kalau salah tolong tunjukkan*)

Penyesalan tanpa perubahan hanyalah kosong.
Penyesalan yang diiringi pembaikan adalah bonus buat yang bangkit dari lena.

Jadi?

Hargai apa yang ada di depan mata,sayangi yang ada disekeliling.

PEMBAHARUAN,PERUBAHAN,PEMBAIKAN DIPERLUKAN SETIAP HARI UNTUK MENJADI YANG LEBIH BAIK.

WE NEED CHANGES TO BE A BETTER MUSLIM.
Let's go . . .

Thursday

Sepuluh jari.


Syawal.
Tibanya ia dengan pemergian Ramadhan,
Ramadhan ditangisi Syawal dirai.
Selama sebulan umat Islam menjalani ibadah puasa,
mendidik diri melawan hawa nafsu,
Setelah sebulan memohon rahmat,pengampunan,pembebasan api neraka dariNya,
Syawal dirai sebagai tanda kemenangan.

Tibanya aidilfitri,
disusun sepuluh jari
memohon maaf atas kekhilafan diri
kepada insan yang dikenali
silaturahim terjalin rapi,
terasa aman damai yang menyelubungi diri,
setelah memaafi dan dimaafi.

Tangan dihulur,
Sepuluh jari disusun,
Kemaafan terucap,
Menyucikan diri dan hati.


*semoga hadirnya Syawal tidak merapuhkan semangat beribadah kepadaNya seperti dalam bulan Ramadhan.Jangan jadikan diri hamba Ramadhan,abdikan diri hanya kepadaNya.kerana kita cumalah hambaNya.*

Hati ibarat kaca jangan biar ia retak,
Akal ibarat air jangan biar ia kering,
Iman ibarat debu jangan biar ia hilang,
Persaudaraan ibarat tali jangan biar ia putus . . . . . .

Salam Aidilfitri buat semua yang dikenali,mohon maaf segala salah dan silap yang datang dari kelemahan diri ini sendiri.Semoga ibadah kita diterimaNya.Maaf zahir batin. (^_^)