Wednesday

Cinta terputus di tengah jalan


Cinta.

topik yang sentiasa membuka mata manusia seluas-luasnya.

Cinta adalah fitrah.

Cinta itu bukan paksaan.

Cinta itu bukan permintaan.

Cinta itu adalah rasa.perasaan.


Sebelum manusia dilahirkan di dunia lagi,manusia itu telah bercinta dengan penciptanya.Setelah berikrar dan berjanji untuk dihantar ke dunia,manusia dan penciptanya terpisah.Dengan itu lahirlah ke dunia,manusia menerima cinta yang lain,iaitu cinta manusia terutama ibu bapa.Di sini jelas dapat dilihat dan dirasakan,Cinta makhluk bersama penciptanya tergantung.Ibu bapa memainkan peranan untuk terus menyemai cinta antara si anak dan penciptanya.Namun,sekiranya cinta itu tidak di baja,disirami air,maka terputus di tengah jalanlah cinta antara makhluk dan penciptanya.Oleh itu,amat penting untuk ibu bapa menagajar anak mereka mengenal Allah sejak kecil.


Sebenarnya manusia amat memerlukan cinta dari Allah.Lihatlah,pada saat ketika kita ingin dibelai dan disayangi,Allah itu yang Maha Penyayang,menyayangi manusia.Pada saat kita memerlukan seseorang untuk mengadu,Allah Yang Maha Mendengar sentiasa merindui rintihan dan suara hambaNya meminta kepadaNya.Pada saat kita inginkan kekayaan,Dialah yang Maha Kaya memberi kita kekayaan dan rezeki yang melimpah ruah.Oleh sebab itulah kita mesti membalas cinta Allah kerana nikmat yang diberikanNya kepada kita terlalu banyak,tidak mampu untuk kita menghitungnya.


"sekiranya kamu menghitung nikmat-nikmat Tuhanmu,nescaya kamu tidak mampu menghitungnya." (14 : 34)


Oleh yang demikian,kenali Allah,cintai Allah sebelum mencintai sesama manusia.Jangan biarkan cinta kita terputus di tengah jalan.

Cintakan bunga,bunga akan layu.

Cintakan manusia,manusia akan mati,

Cintakan Allah,itulah cinta yang hakiki.


Saturday

Dua puluh enam


26

Angka yang menjadi kegemaranmu.

Dua puluh enam sering terselit dalam barang-barangmu.

Dan hari ini juga dua puluh enam.Mungkin kerana dua puluh enam lah permulaan kamu melihat dunia,26 Mac 1992,hari Jumaat.

Pantas masa berlalu,tanpa sesaat mengunggu.Masih segar diingatan,pada saat inilah jam 3 petang,kami sekeluarga meraikan hari lahirmu buat kali terakhir.Syukur,kerana dapat melihat senyuman manismu pada tarikh yang sama tahun lepas dan puas kerana kamu makan kek yang dibeli oleh Abang dan Kak Ilah dengan berselera sekali sehingga minta nak lagi!


Hari ini kembali lagi,26 Mac,angka yang sama.

Jasadmu telah tiada.

Wajahmu tiada di depan mata.

Senyummu tidak kelihatan juga.

Tidak kedengaran lagi suara dan gelak tawa.

Namun dirimu dihatiku sentiasa.

Al-Fatihah dan doa dikirim sentiasa.


Syahdu.

mengenangmu membuat hati menjadi pilu.

Iman diduga atas kehilanganmu.

Redha dengan ujianMu,wahai Tuhanku.

pasti tersirat hikmah disebalik setiap sesuatu.

kerana itu sahaja yang mampu membahagiakan hatiku.

Dan hanya Allah yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk kami sebagai hambaMu.

Tunduk.Pasrah.Redha.menerima ketentuanMu.

Kerana aku hamba yang lemah hanya bergantung kepadaMu ya Rabbi.




Kek ini yang menjadi santapan kenangan.

Dalam kek inilah adanya senyuman dan air matamu.

Abang dan Kak Ilah,dapat rasakan yang kek ini sangat sedap walaupun tidak sempat menjamah walau sebesar habuk.

Melihatkan Amir senyum,berselera sudah cukup membuatkan kami kenyang dan puas.

Kak Ilah minta maaf Amir,kerana tidak mampu menahan air mata di balakang Amir pada hari jadi Amir tahun lepas selepas melihat Amir tersenyum.

Ahmad Amirul Faez.Al-Fatihah . . .


"Every soul shall have a taste of death" (3 : 185)

Thursday

Pilihan

Dalam hidup ni banyak pilihan yang perlu diputuskan.Bukan satu.Bukan dua.Bukan tiga.Tetapi banyak.Mungkin untuk saya,tiap-tiap hari saya kene buat pilihan.Nak bekerja sementara pun kene buat pilihan terbaik.

*sebenarnya rasa macam malas nak update blog tapi entah tiba-tiba tangan ni rasa nak menari atas keyboard ni.hehe.*

Hurm,,result SPM 2010 dah diumukan.Kalau tengok reaksi penerima keputusan,macam-macam emosi yang terzahir walaupun niat di hati ingin disembunyikan perasaan sebenarnya.Betul ke?Tanya diri sendiri.Tiba-tiba teringat suasana semasa mengambil keputusan SPM 2007.Perasaan saya?reaksi saya?Keadaan saya?Situasi saya?Alah,dah basi dah kalau nak cerita.Memang tak nak cerita pun.Biarlah rahsia.hehe.

Kepada semua pelajar SPM 2010,tahniah diucapkan!Anda dapat banyak ke,sikit ke,itulah yang terbaik Allah berikan untuk anda atas usaha anda selama ini.Jadi,redhalah menerima apa jua keputusan yang diterima.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Tidak lupa kepada sepupu-sepupuku,Tahniah Amirul Hafiz,Nabila,Nabiha,Nasiha,Azizi,Aqilah dan Afham!Ada yang tertinggal tak?Rasanya takde.hehe.Wah,ramai betul saudaraku yang ambil SPM tahun lepas.Apa-apapun,sama ada berpuas hati atau tidak,ini bukanlah pengakhiran untuk menggapai bintang dalam hidup dan bukanlah kemuncak menawan gunung kejayaan,sayangsss!Kerana masih ada jalan yang perlu ditempuhi untuk menempa kecemerlangan dalam hidup.Dah habis result,pilihan bidang yang ingin diceburi pula yang perlu dibuat.See,perlu membuat pilihan bukan? (^_~)

Saya kira pemilihan dalam kursus yang ingin diceburi amat penting bagi setiap orang.Nak pilih apa?Perubatan?Kejuruteraan?Kejururawatan?Kulinari?Seni bina?Kepolisan?adeih,macam-macamlah.Takkan nak list semua kan?hehe.
Pilih kursus tu sebab apa?mak ayah suruh?ikut kawan?ikut idola?tengok pasaran kerjaya?hmm,macam-macam lagi..haishh..

Ada setengah kes,mak nak suruh ambil kursus farmasi,ayah nak suruh belajar dalam bidang perubatan.Si anak pula nak jadi chef.Habis,macam mana nak buat pilihan?Jalan mana satu nak itot?ops,,ikut?Last-last dapat tawaran kursus kejuruteraan.adeih,sakit tu.

Tak kisah lah apapun kursus yang dipilih,yang disuruh,yang ditawarkan,sebenarnya,semua pihak memainkan peranan.

Ibu dan bapa.
Kadang-kadang ada ibu bapa yang tak bagi anak buat pilihan sendiri sebab nak anak jadi itu dan ini.Ada juga yang terpengaruh dengan kawan-kawan mereka,mendesak anak mereka memilih bidang kedoktoran sebab nanti kalau orang tanya anak kerja apa?,DOKTOR.Wah,rasa bangga.rasa hebat.Tetapi sebenarnya semua ibu dan bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.Mereka nak anak-anak mereka berjaya dalam hidup masing-masing.Cuma ibu bapa perlu lebih prihatin tentang minat si anak supaya mereka dapat teruskan apa yang mereka sukai.Tak salah pun ibu bapa nak tentukan hidup anak-anak mereka,cuma perlukan perbincangan dua hala.okay,stop.saya belum ada anak,jadi macam tak layak je nak cakap lebih-lebih.

Anak.
Pihak anak memainkan peranan penting sebab merekalah yang akan belajar dan mengharungi segala macam cabaran ketika menuntut ilmu dalam bidang yang dipilih.Sakit mereka,sihat mereka,semua bergantung pada diri mereka sendiri.Jadi,anak-anak,kalau ada minat yang bertentangan dengan apa yang diharapkan oleh ibu bapa,cuba bincang elok-elok dan terima pandangan mereka pada sudut positif.Tiada ibu bapa yang mahu menghancurkan masa depan anak-anak mereka.Sekali lagi perbincangan dua hala memainkan peranan.Dan restu ibu bapa amat penting!


Memilih bidang yang kita suka,kita minat,mesti senang untuk terima ilmu tu kan.Barulah dapat bercinta dengan kursus yang dipilih!Kalau dah jatuh cinta dengan kursus tu,apa jua halangan pasti akan dicuba sedaya upaya untuk melepasinya.Alah,macam orang bercinta,sanggup buat apa saja untuk menggenggam sebuah cinta.Anda passti lebih arif punya pasal ni. (^_~) Bila cinta,mesti sayang.Jadi,mesti rasa tak sabar je nak pergi kelas,nak study dan ada matlamat yang ingin dicapai yang lahir dari hati sendiri,bukan paksaan dari orang lain!Baru dapat beramal apa yang dipelajari.Bukan belajar untuk lulus exam je! Jangan jadi macam pokok bunga tahi ayam!
Dan jangan lupa Allah!
"ingatlah pada-Ku(dengan berzikir),nescaya Aku akan mengingatimu"
(2 : 152)
Okay,dah masuk waktu asar.
ilalliqo'!!

Monday

Pandanglah


Apabila kita diuji apa yang kita rasa?
Apabila kita diuji dengan kesusahan,apa yang mulut kita ucapkan?
Apabila kita diuji dengan kesakitan apa yang bermain dalam pemikiran kita?
Apabila kita diuji dengan kematian,kesukaran,kecurian,apa yang kita lakukan?

Apabila berdepan dengan ujian,cabaran,pastinya kesukaran yang dibayangkan dan bersarang di dalam pemikiran kita.Dan semestinya ia seakan-akan sebati apabila adnya ujian,kesukaran membaluti.Ini yang menyebabkan kita menyambut dan menerima segala bentuk ujian dari Allah dengan pandangan yang negatif.Kita merungut,mengeluh,mencemuh,membenci,menyumpah seranah terhadap ujian yang dihadapi.

Kadang-kadang terlintas di hati kita,kenapa kita diuji?
Kenapa kita?Kenapa tidak orang lain?
Ya.Kenapa kita?

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan menyatakan,"Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" (29 : 2)

Ya,Allah menguji kita untuk menguji keimanan kita.Sesungguhnya manusia itu menuju salah satu daripada dua pengakhiran,iaitu syurga atau neraka.

Jom,muhasabah sama-sama.

"ujian itu tanda kasih sayang Allah pada hambaNya."

Bersangka baiklah kepada Allah.Pandanglah ujian dengan pandangan yang positif. (~_^)
Kesenangan dan kehidupan itu sendiri merupakan ujian.Setiap masa kita diuji.
Jom reflect balik,apakah kita bersedia untuk diuji lagi?
Tepuk dada tanya iman.


Wallahu'alam.

Note : okay,selesema pun satu ujian okay!Pandanglah!

Saturday

Ombak meninggi

ini gambar sebelum negara Jepun dilanda gempa bumi yang disusuli tsunami.

Dengan sekelip mata sahaja keindahan bandar ini disambar oleh ombak besar sehingga memusnahkan segala-galanya.
Pastinya keadaan ini tidak diduga oleh penduduk Jepun.

An unspeakable disaster in Japan has led to enormous suffering.As you know by now,a massive 8.9 magnitude earthaquake struck in Japan.It is 8000 times stronger than the quake that devastated Christchurh,New Zealand last month.Hardest hit was the northern coastel city of Sendai,Japan.300 hundreds bodies have been found on the shore in Sendai and 500 are reported missing.Ships,buildings and cars were swept away as monster 33ft waves smashed into the port city of Sendai.The most powerful earthquakes is followed by a massive tsunami.Nature bows to no man.
Source : nst
Gempa bumi.Tsunami dan apa sahaja bencana alam lain boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja apabila penciptanya yang Maha Agung kehendaki,tanpa mengira siapa dan di mana.Ajal dan maut datang menjemput sebagaimana yang telah dijanjikan olehNya.Oleh itu,bersiap sedia lah setiap masa.Ambillah kejadian di negara matahari terbit itu sebagai peringatan dariNya supaya kita tidak terus hanyut mengikuti arus dunia yang sentiasa mengajak kita mengutamakan ia dari akhirat.Gunakanlah setiap helaan nafas ini sebaiknya selagi diberi peluang.
Wallahu'alam..

Lalu dan Lintas


Telinga yang bingit dengan bunyi hon sana dan sini...kesesakan lalu lintas.Malaysia dan traffic jam memang tidak dapat dipisahkan.Tension.Tekanan.Sebati apabila berada di atas jalan raya.kesabaran teruji lagi.


membosankan.menyeksakan+tekanan.stress dalam keadaan macam ni kan?

Lalu sikap mementingkan diri terzahir.memotong sana sini untuk tiba di sesebuah destinasi.





Tetapi mengutamakan diri sendiri sampai terjadi macam ni? Nauzubillah.


Sebegini mudahkah menghilangkan sesebuah nyawa orang lain hanya kerana kita seorang?

Ya Allah,tolonglah wahai pemandu-pemandu.Fikirkan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain ketika anda berada di atas jalan raya.Semua orang tidak ingin memandu lama-lama.Semua orang tidak ingin mengambil masa yang lama di atas jalan raya.Semua mahu tiba ke destinasi yang dituju dengan selamat.


Diakui.Berada di atas jalan raya memang menguji kesabaran!Semoga kita dikurniakan banyak-banyak kesabaran semasa memandu atau menjadi pengguna jalan raya.Berhemahlah ketika memandu.Sabar.Sabar.Sabar.Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang sabar!Ameenn..InshaAllah..






note : pesanan buat diri sendiri juga.




Tuesday

Ampunkan Daku


Dalam hidup ini,ada warna hitam putih,ada cerah gelap.Langit tak selalu cerah.Kadang-kadang panas,mendung dan ada kalanya hujan,ribut disertai petir dan kilat.Macam tu juga manusia.perjalanan hidup yang ditempuhi bukannya selalu bahagia.Terkadang sedih bertandang apabila ujian datang menjengah.Terasa seperti memijak duri lalu terluka.

Manusia,tak sempurna.Tiada seorang pun manusia yang lahir ke muka bumi ini sempurna dan memiliki segala-galanya biarpun itu yang didamba oleh semua manusia.Ibarat pepasir di pantai yang sentiasa dihempas ombak,begitulah manusia yang akan sentiasa melakukan kesilapan.Sering kali lupa,alpa dan cuai menjadi alasan atas sebab kesilapan yang dilakukan lalu dengan mudah mereka dihukum.Masyarakat memainkan peranan dengan melabel pesalah dengan tanda atau gelaran yang negatif.

Berkesempatan menonton satu drama (lupa waktunya.hehe) yang bertajuk Ampunkan Daku.Saya kira drama ini agak mmenarik kerana ada mesej yang ingin disampaikan oleh produksi drama tersebut.Saya pun tak pasti berapa ramai insan sebegini wujud,mungkin satu dalam seribu atau mungkin tiada tetapi watak yang dimainkan berperanan menyampaikan mesej kepada penonton.

Mengisahkan seorang menantu yang tidak disukai oleh ibu mentuanya (opss,lupa sebab dia dibenci oleh mentuanya.sorry.) menubuhkan sebuah rumah bagi melindungi remaja yang mengandungkan anak luar nikah selepas berpisah dengan suami dan anaknya.Cacian,hinaan serta makian seolah-olah menjadi hidangan buat halwa telinga tiap-tiap hari baginya dan anak-anak yang tinggal di situ.Namun usahanya dihargai dan dia berjaya menguruskan tempat perlindungan itu.Sampai dipenghujung jalan ceritanya(saya malas nak cerita panjang.nanti carilah drama ni kalau rajin ye. ;-) ),terlerai segala simpulan rahsia bahawa si anak menantu tadi adalah anak yang dilahirkan tidak sah taraf.Perjalanan hidup yang diselimuti cercaan manusia membuatkan dia terbuka hati menyediakan sebuah tempat perlindungan untuk anak-anak remaja yang mengandungkan anak luar nikah di samping mengurangkan kes pembuangan bayi dan memberi motivasi dalam menyedarkan mereka dari kesilapan yang telah dilakukan serta kekuatan untuk menempuh hari mendatang.


Semasa mendapat pilihan tajuk untuk public speaking sebelum ini pun,salah satu daripadanya berkaitan sekolah harapan yang menjadi isu dan dikritik oleh ramai pihak.Sememangnya kes pembuangan bayi benar-benar meruncing.Bukan menyokong mahupun menentang kewujudan sekolah itu kerana setiap sesuatu itu pasti ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.Sedarilah bahawa hasil anak luar nikah ini bukan sahaja berpunca dari anak gadis yang mengamalkan pergaulan bebas tetapi juga disebabkan menjadi mangsa kepada mereka yang rakus nafsunya seperti dirogol.

Berbalik pada drama tadi,mereka yang melakukan kesalahan tidak patut terus dihukum dan disisihkan sebaliknya berilah peluang kepada mereka untuk berubah ke arah yang lebih baik.Kadang-kadang mereka yang betul-betul ikhlas ingin berubah,hasilnya lebih baik daripada mereka yang tidak pernah melakukan kesilapan.Mungkin dengan kesilapan itu telah menyedarkan mereka dari lena lalu berusaha untuk memperbaiki diri.
Kita yang menyaksikan atau mengetahui kesilapan yang dilakukan oleh orang lain,apa yang harus dilakukan?mengambil kesilapan mereka itu sebagai contoh untuk dijadikan ikutan atau diambil sebagai pengajaran?Kita punyai pilihan dan adanya syurga dan neraka sebagai balasan atas apa jua yang kita lakukan.


Janganlah sesekali menghina dan mencaci mereka yang telah tersasar dari landasan yang benar,sebaliknya tegurlah mereka jika mampu.
Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang menghina seseorang atas dosa yang dilakukan,dia tidak akan mati sehingga melakukan dosa itu."

Saya pun manusia biasa.Tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan.Dengan rasa rendah diri,menyusun ribuan kemaafan atas segala kesilapan yang tidak disengajakan atau disengajakan.
Amar ma'ruf nahi mungkar.
Cegah maksiat dengan tangan jika mampu.jika tidak,gunakan lidah.jika tida juga,gunakanlah hati,sesungguhnya ia adalah selemah-lemah iman.


Wallahu'alam.