Thursday

Siapa teman saya?


Sejak manusia dilahirkan di muka bumi ini,manusia tidak akan pernah terlepas daripada bantuan pihak kedua.Maka selagi hayat dikandung badan,manusia akan terus berinteraksi dengan orang lain.Daripada berinteraksi itu akan lahirlah sebuah persahabatan.Semenjak kita kecil lagi kita telah pun punyai sahabat.Bermula dari dalam rumah,tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,universiti,tempat kerja dan seterusnya tidak akan berhenti dari punyai teman di mana-mana sahaja.
Mungkin pada mulanya begini.(bukan persahabatan berlainan jantina ditekankan di sini tetapi bermulanya sahabat daripada seorang dan terus berkembang.okay? ;P )

Kemudian terus berkembang di mana saja kita pergi.

Ada juga menganggap yang ini sebagai teman hidup ;-)

Binatang pun tahu bersahabat.kita sebagai manusia apalagi kan? ;-)

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat Rahmat."(al-Hujurat : 10)

Dalam banyak hal,sahabat yang menjadi teman kita mempunyai peranan dalam membentuk pola kehidupan dan pemikiran kita.Oleh itu,kita harus mencari dan menjaga persahabatan yang baik sesuai sesuai tuntutan dengan tuntutan Al-Quran dan Sunnah.

Dalam syair arab ada mengatakan bahawa sahabat yang sejati adalah sahabat yang mampu membuat kita menangis,bukan sahabat yang membuat kita ketawa.kenapa ya? (cuba fikir ;p )

Seandainya terdapat kekuatan yang dapat menggabungkan antara hubungan duniawi yang menjadi perantara menuju kehidupan abadi di akhirat,maka persahabatan itu menjadi begitu indah dalam menghiasi catatan perjalanan kehidupan kita.Kerana dengan persahabatan itu kita saling menasihati seterusnya membawa kita berada di bawah naungan dan redha Ilahi.

Untuk yang bernama sahabat...

Tetapi siapa pula teman kita sesudah kita meninggal dunia?Adakah sahabat kita boleh mengiringi kita sehingga ke alam kubur?Duduk bersama-sama kita di dalam keranda dan di dalam kubur?Jawapannya,pasti TIDAK.

Kita boleh berteman dengan sesiapa pun mahupun berteman ke mana sahaja dengan sesiapapun.Tetapi harus dingat,apabila tiba waktu itu,ajal menemui kita,pasti kita keseorangan.Yang mengiringi kita adalah sedekah jariah,amal kebaikan serta doa dari ahli keluarga juga anak yang soleh,itulah sahabat kita setelah kita menunggalkan dunia yang fana ini.Sebenarnya inilah yang mahu ditekankan untuk post kali ini,sahabat kita di akhirat kelak.

Wallahu'alam.

p/s : sentiasalah sedekahkan al-fatihah dan doa kepada mereka yang terlebih dahulu menemui Rabb.

1 comment:

Anonymous said...

saye nie sahabat awk kew??~