Sunday

Satu Bulan


Bulan Ramadhan,bulan yang didalamnya ada rahmat,maghfirah dan ampunanNya.
Bulan yang sangat istimewa,ganjaran untuk setiap kebaikan digandakan.
Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran.
Bulan yang dalamnya mengandungi malam yang teristimewa,malam yang lebih baik dari seribu bulan,yakni Lailatul Qadar.

Ramadhan adalah madrasah tarbiyah untuk melatih diri terus meningkatkan ketakwaan kepadaNya.
Fasa pertama sudah pun berlalu,iaitu rahmat.
Kini fasa kedua,meghfirah atau pengampunan pula yang bakal pergi,yang hanya tingal beberapa hari sahaja lagi sebelum fasa pembebasan dari api neraka tiba.Jom buat sedikit imbasan.
(^_^)



Apa khabar PUASA hari ini?

Sudah di juzu' berapa hari ini?

Semakin akrab atau semakin jauh dari AL-QURAN?

Masihkah ada semangat yang tinggi untuk berterawih?

(sedihnya melihat surau-surau dan masjid-masjid yang semakin hari semakin berkurang jemaahnya sehingga ada yang tinggal hanya satu saf!!)

Sudah berapa kali berqiamullail?

Pemurahkah kita pada bulan yang mulia ini?

Terpeliharakah lidah dari menghiris hati manusia

Macam mana keadaan HATI kita?Adakah masih berpenyakit kronik atau sudah beransur pulih???

*Segala kebaikan itu bukan hanya untuk Ramadhan,tetapi itu adalah latihan agar ianya berterusan pada bulan-bulan selepas Ramadhan . . . *

Manfaatkan waktu,sebelum Ramadhan berlalu...



Banyakkan istighfar dan zikir . . .

Allah berfirman : 'Semua amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa.Puasa adalah untukKu dan Aku sendirilah yang akan membalasnya.'

Dua nikmat untuk orang yang berpuasa iaitu : nikmat ketika berbuka puasa dan nikmat ketika menemui Tuhannya.

Bangunlah . . .

Dua malam yang lepas,tiba-tiba bekalan elektrik di rumah terputus kira-kira jam 12.30 pagi.Semua rumah yang berdekatan dalam kawadsan yang sama bergelap untuk seketika.Hanya lampu kecemasan yang memberi sedikit cahaya kepada keluarga saya,menyebabkan kami tidak teraba-raba di dalam gelap.Lantas,tingkap bilik dibuka.


SUBHANALLAH!Sangat indah ciptaanNya!Cahaya matahari yang dipancarkan pada bulan,menyuluh kawasan luar rumah seolah-olah lampu jalan yang memancarkan cahayanya,malah lebih terang dan indah daripadanya.Bulan pun cantik membulat.Sangat indah dan saya sudah jatuh cinta!Maha Suci Allah,Pencipta sekalian alam.


Allah Maha Agung.Segala kekuasaan adalah milikNya.Dan Dialah yang Maha Mengetahui segala-galanya.Benar-benar kerdil dan hinanya diri ini yang terkadang lalai dalam mengingatiNya dan mengingkari suruhanNya.Diiringi dosa yang telah dilakukan begaikan terus-terusan menggunung meninggi.Allah....


Manusia,sering berasa megah apabila mengecapi kejayaan.

Manusia,sering bangga diri atas kebolehan yang dimiliki.

Manusia,sering mendabik dada apabila berada di kemuncak.

Manuisa,sering angkuh apabila berada dalam kesenangan.


Sehingga lupa yang benar-benar Agung adalah Allah Yang Satu!

Sedarkah kita bahawa segala yang kita ada adalah kepunyaan Yang Esa?

Sedarkah kita apa yang kita miliki adalah milik Yang Maha Agung?


Ya,kadang-kadang kami lupa,kami tidak ingat bahawa segala yang ada ini bukan kepunyaan kami.Astaghfirullah . . . .


Ya,sebagai manusia kita sering lalai dan lupa tetapi itu bukanlah alasan untuk terus melakukan keilapan.Terlalu banyak nikmat yang kita peroleh namun jarang disyukuri.


Sudah terbangun dari lena?

Ayuh,bangkit tanpa melengahkan masa!

Bertaubatlah sebelum pelayaran ini terhenti.


Lalu,nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak engkau dustakan?