Tuesday

3C


Jika di amati gambar di sebelah,hanya beberapa 'steps' baru dinaiki.Masih banyak yang belum dinaiki.Mungkin ini bersesuaian dengan diri saya.Setakat ini baru beberapa langkah telah saya harungi dalam kehidupan ini.Masih banyak yang perlu saya redahi untuk sampai ke kemuncak.Saya tahu dan saya pasti bukan mudah untuk saya melepasi setiap fasa kehidupan yang bakal ditempuhi.

Percaya atau tidak,saya telahpun mengucapkan selamat tinggal kepada alam persekolahan.Huhh.Rasa macam tak percaya tapi itulah realiti,Saya bukan lagi pelajar sekolah. ;p

Lebih menguatkan lagi kenyataan bagi kawan-kawan yang memanggil saya 'makcik',saya dah pun tamat pengajian di Pusat Asasi uia ataupun,Centre For Foundation Studies IIUM(CFS IIUM).Banyak perkara yang dipelajari sepanjang menuntut di CFS IIUM.Erti sebuah persahabatan,warna-warni kehidupan dan lebih tepat lagi belajar berdikari.Semua perkara perlu diuruskan sendiri memandangkan berada di perantauan, termasuk dalam membuat sesuatu keputusan.

Di CFS IIUM juga merupakan tapak permulaan sebelum melangkah ke alam kampus.Di sana saya dapat menambah kenalan dan mengubah saya ke arah kebaikan. ;p Semakin banyak yang kita pelajari,semakin kita sedari bahawa diri kita semakin jahil.(betul ke ayat ni? ;p)



Di CFS saya telah terdedah dengan usrah GATE(Gabungan Anak2 Terengganu.bukan pintu pagar okay ;p) dan study circle.Setiap hari Jumaat saya berpeluang menghadiri talaqqi Ustaz Muhadir.Mungkin saya akan kongsikan apa yang saya dapat dalam talaqqi tersebut dalam post akan datang. ;)
Di celah-celah itu,sempat juga saya melibatkan diri di dalam satu persatuan yang dikenali sebagai QLEP(kamu tahukah apa itu QLEP? ;P ) Banyak yang saya pelajari sepanjang terbabit dalam persatuan ini.Pengalaman yang amat bernilai.(Thanks QLEP ;p)


Rakan-rakan seperjuangan juga menjadi pendorong semangat dan mengajar erti persahabatan sebenar.Oh!Indahnya persahabatan yang terjalin kerana Allah! ;)



Titik kenangan.Semoga terus bersambung kekal di dalam ingatan. ;)

Selesai sebuah cerita di CFSIIUM.Kalau nak diceritakan semuanya,mingkin 2 hari pun belum habis. ;P

**********

Ingin menjejakkan kaki ke Universiti Islam Antarabangsa(UIA).Sebuah cita-cita.
Sejak darjah 6,saya sudah mula berta'aruf dengan UIA.Impian yang saya tanam sebagai arah tuju saya selepas tamat persekolahan.Dengan izinNya,saya berjaya menjadi sebahagian keluarga besar UIA.Alhamdulillah.Mungkin saya agak bertuah kerana berjaya mencapai cita-cita yang diidamkan sejak darjah 6.Kerana kita sedia maklum bahawa tidak semua yang kita impikan akan dapat dicapai.


Sayangnya,tempat saya bukan disini(UIA Gombak),tetapi jodoh saya di Kuantan. :,( pasrah...

Itu dinamakan cita-cita.

Kemudian.......Cinta.Ya!Cinta...!!!

Saya dah pun jatuh cinta dengan UIA.Cuma cinta ni perlu disemai dan dibaja supaya terus kembang mekar.Itulah cinta saya ;)

Cinta sesama manusia??Hurm..tunggulah kad jemputan dari saya nanti.Pada masa tu baru lah tahu siapa gerangannya,kan? ;P

Apabila seseorang anak dapat menyambung pengajian di menara gading,harapan........................

dalam hati ibu berkata,"Pergilah anakku, belajarlah bersungguh2, jangan kamu lemas dalam kebebasan yang ibu berikan.. ibu tidak hantar kamu ke sana melainkan ibu percaya kepada kamu, kerana kamu anak ibu.." ayah pula berbisik,"anakku, ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa moga kamu tidak pernah lupa nama yang kamu bawa dihujung hatimu.. Hati ini penuh berharap agar kamu membawa pulang PIALA KEMENANGAN..!!" kenangilah mereka dalam apa jua tindakan kita.,

Hadiah untuk mama dan abah suatu hari nanti.InsyaAllah..

Cerita.Cita.Cinta. ( 3C )

Wallahu'alam.


bila namanya cinta


Ayat-Ayat Cinta.
Saya percaya umum telah menonton filem ini.
Filem ini berkisar tentang cinta.(dah nama pun ayat-ayat cinta kan ;p)
Sekadar gambar hiasan.

Hmmm..
Cinta.
Ya.Cinta.
Cinta apa?Cintakan Ilahi.Cintakan ibubapa.Cintakan kekasih hati.Cintakan ilmu.Cintakan alam sekitar.Dan macam-macam lagi.Hmm..

Cinta adalah perasaan istimewa yang dianugerahkan kepada manusia.Cinta juga menghidupkan jiwa.Cinta menjadikan seseorang bahagia dan pada masa yang sama bisa membuatkan seseorang merana.Sesiapa yang memahami cinta akan menjadi tuannya,bukan hambanya.

Ramai yang mengaku menyintai,hakikatnya mereka bukan menyintai orang itu tetapi menyintai diri sendiri.Betul ke?

Apabila kita mencintai seseorang,kita sering terfikir akan tentang dirinya,bukan diri kita. Kepentingan diri sendiri tidak dihiraukan,membahagiakan kekasih yang diutamakan.Ini dikatakan menggambarkan cinta sejati.

Sesudah 'declare' menjadi pasangan kekasih(ataupun couple),kebiasaannya pasangan akan 'mengawal' si dia(tak kiralah lelaki ataupun perempuan).Ke mana nak pergi?Sedang buat apa?Tidak kurang juga pasangan yang meletakkan syarat supaya melaporkan setiap perkara yang dilakukan kepadanya.Wajarkah begitu? (tepuk dada,tanya iman. ;) )

Tidak kurang juga pasangan suami isteri."Bila nak balik?kenapa lambat?"Mungkin soalan itu yang biasa isteri tujukan kepada si suami.Suami pula apa kurangnya.Segala gerak-geri isteri dipantau penuh curiga.Setapak isteri melangkah,menggelak cemburu di dalam dada si suami.(Maaf,mungkin saya tidak layak menyentuh hal suami isteri kerana saya belum menempuh alam itu. ;p)
Mencintai dengan 'memiliki' adalah sesuatu yang berbeza.
Mencintai itu membebaskan,manakala memiliki itu lebih kepada mengikat atau mengawal. (pilih mana yang kamu suka ;) )
Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan iman.Dua hati akan mudah bersatu apabila masing-masing berusaha menyuburkan iman di dalam hati kerana sering mengingati Allah yang SATU.
Paku boleh berkarat,simen boleh retak,maka begitulah iman,boleh menaik dan menurun.Macam komputer juga,iman pun diserang virus.Macam mana ye?
Virus iman ialah ego(takbur).Cinta akan lentur dengan wujudnya rasa takbur.Orang takbur akan berasa dirinya lebih mulia manakala pasangannya lebih hina.Demikianlah kisahnya.
Wallahu'alam.

Sunday

Apabila terjajar di satu barisan...

Indahnya malam dipayungi kerlipan bintang-bintang,disinari cahaya matahari,dipancarkan sang purnama.Bisikan haiwan memecah sepi.Pohon-pohon menari ditiup sang bayu.Bumi terus berputar pada paksinya.Malam dan siang silih berganti.Perginya malam,datangnya siang.Tibanya siang,pulangnya malam.Maha Besar Allah,mentadbir alam semesta dengan penuh bijaksana.Allah berfirman,

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal." ( Ali Imran : 190).


Dengan adanya bulan,bintang serta matahari,perjalanan masa dan waktu dapat ditentukan.


هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السّنِيْنَ وَالحِْسَابَ مَا خَلَقَ اللهُ ذَلِكَ إِلاَّ بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الأيَاَتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ(5)


"Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu)." ( Yunus : 5).


Sehingga ada masanya matahari,bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama,ketika bulan purnama melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi,maka wujudlah gerhana bulan.


Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
Ertinya : Baginda Rasulullah s.a.w. berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari)


Apabila berlakunya gerhana bulan,disunatkan bagi kita untuk menunaikan solat sunat khusuf.Alhamdulillah,saya sempat menunaikannya yang kemudiannya diikuti 2 khutbah yang disampaikan oleh imam pada ketika itu.


Ambillah iktibar.Fenomena ini menandakan kebesaran Allah.Cuba bayangkan bagaimana keadaan jalan raya tanpa undang-undang lalu lintas,serta tanpa lampu isyarat.Bagaimana mungkin manusia mampu menuju ke satu destinasi ke destinasi lain dengan lancar.


Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah ;)


Wallahu'alam.

*note : post ini mungkin agak kurang padat dan kurang pengisian,mungkin disebabkan jari yang penat menari. ;p