Tuesday

Itu Waktu!

Waktu.

Detiknya takkan pernah berhenti.

Lihat jam pada dinding.Tidak sesaat pun berhenti.

Rapatkan telinga pada jam tangan.Sama sebiji!

Sedar tak sedar dah habis 2 tahun dalam Law School!

Rasa macam sekejap.ok,tipu.rasa macam dah lama belajar.

Itulah ilmu,tidak akan habis dituntut sehingga ke liang lahad.

Sedangkan ilmu yang kita pelajari sehingga kini pun hanya setitis air lautan.

Tapi Ilmu itu cahaya!Rebut peluang untuk menuntut ilmu

Biar kita penat belajar,jangan penat menanggung kejahilan.

Hari demi hari,kematian itu semakin mendekat.

Jangan tunggu waktu tua untuk pulang ke pengkalan.

Wake up!

Yang dekat itu KEMATIAN,ia semakin meghampiri.Yang jauh itu masa yang lalu.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan"-Ar-Rahman

Thursday

Apa yang kita ada.

Apa yang kita miliki sekarang mungkin tidak disyukuri.Malah tanpa segan silu meminta yang lain.Apa yang kita ada mungkin dicemburui oleh orang lain yang meginginkannya.
Apa yang kita mahu tidak semestinya dapat diperolehi,
Apa yang kita ingin miliki tidak semestinya mampu digapai,
Siapa yang kita sayang,tidak selamanya ada di sisi malahan bukan milik kita.
Oleh itu,sedarlah apa yang kita ada sekarang itulah yang terbaik aturan Allah untuk kita.
BERSYUKURLAH!
Apa yang kita miliki hari ini itulah yang akan;
membantu kita, melukai kita, meninggalkan kita, menyayangi kita,dan membentuk keperibadian seterusnya mengajar kita menjadi 'SESEORANG' yang menjadi diri kita.



Wednesday

Zaman Dulu vs Zaman Sekarang

"Zaman duhulu,apabila Bilal bin Rabah diseksa,beliau tidak putus-putus menyebut Ahad,Ahad,Ahad.Kita zaman sekarang,jalan sesak pun mengeluh,susah,susah,susah.Pelajar zaman sekarang,apa halangan dan cabarannya?Malas.Assignment,study,tests..itupun mengeluh itu ini.." -Ustaz Abdul Latif.

Benar,kelas pertama bersama Ustaz Abdul Latif,benar-benar memberi kesan dalam hati.Bandingkan kesusahan kita hari ini dengan kesusahan dan keperitan yang dihadapi oleh orang terdahulu.Sebab itu,jadikan biografi orang-orang soleh sebagai model dan idol.Bukan artis yang digilai.

Justeru itu,walau dalam apa keadaan sekalipun,ingatlah Allah.sebutlah Allah,ukirkan senyuman pada wajah dan fikirkan positif.in shaa Allah semua yang susah akan terasa senang dan tenang.

Dan bermujahadahlah dalam melawan nafsu.Figting your desire!

Friday

Patah Sayap

Tiap-tiap pagi mata menyaksikan kapal terbang tinggi mendongak ke langit.membawa ribuan penumpang datang dan pergi,Tiba-tiba terdetik,bestnya dapat terbang..Segaknya juruterbang berpakaian seragam penuh meyakinkan..(ok,.tiba-tiba.tolak tepi).

Manusia tanpa sayap,kukuh berdiri atas dua kaki sebagai anugerah Ilahi,biarpun terkadang jatuh tersungkur menyembah tanah.Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.Dia Maha Tahu yang terbaik untuk makhlukNya.Manusia,sekiranya bisa terbang pasti bongkak meninggi diri merasakan dialah yang terbaik.Apabila berjalan di atas muka bumi,manusia sedar bahawa adanya ranjau duri yang perlu ditempuhi,yang menunjukkan bahawa kita sama-sama saling memerlukan.Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan.Kelemahan itu mewarnai kekurangan yang tercipta.Tiada siapa yang lahir sempurna.Kita saling memerlukan.Jadi ,mengapa berasa megah akan apa yang kita punya walhal ia hanya pinjaman sementara?

Langit tak selalu cerah.
Hujan tak selalu mencurah.
Pelangi tak selalu menerjah.

(kerepek merepek setelah sekian lama tindak singgah di papan buruk ini.)

Monday

Sebelum Terhenti

perjalanan hidup takkan pernah terhenti
selagi nyawa dikandung diri
selagi nadi berdenyut tak berhenti
masa kan terus berlalu pergi

ibarat ombak menghempas pantai
beralun di musim tengkujuh dengan tinggi
tenang berlalu di musim terik mentari
indahnya ciptaan Tuhan tak bercampur dengan sungai

segumpal darah bernama hati
mudah berbolak balik bila diuji
penentuannya iman dalam diri
menjadi benteng pengawal diri

tahun demi tahun silih berganti
jadikan setiap detik kebangkitan diri
pimpin jiwa dorongkan diri
menuju kehambaan yang mukhlis dan sejati

siapa kita,di mana kita,
Allah tahu itulah yang terbaik untuk kita,
teruskan bergantung pada tali pengharapan Allah,

"Wahai orang-orang yang beriman!Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." (2 : 153)

Thursday

Layar Hati

Sudah 2 tahun lamanya
tinggal kenangan yang tak mungkin dilupa
Pantas saja masa meninggalkan kita
Tanpa diedari bertambah sudah usia.

Potret lama masih disimpan 
dibingkaikan kenangan
kerana kenangan semalam penguat semangat menempuh masa hadapan

Biarkan saja layar kerinduan karam di lautan sepi
kenangan tercipta terus mekar mampu mengetuk emosi
masih segar saat mesra terisi
dirimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat itu 
teman suka dan lara
Tika sendu melata
kau ukirkan ketabahan 
kuntuman mekar sebuah senyuman.

semalam yang pergi esok yang menanti
semoga dirimu aman sentiasa dirahmati
Al-Faatihah..
#7 Nov 2010#

Appreciate and love your true friends.Who are they?Just take a moment and try to remember.Who was ?were there beside you (physically or emotionally) during your darkest moments.Yes,those are the ones deserving your time and love. Do't ever let them go.Because the rest will come and go.But real friendship are indeed rare..
#quoted by Farrah Adeeba#

Friday

Sayang sederhana

Sederhana itu bahagia.
Sederhana itu indah.
Sederhana itu sempurna.

Bersederhana dalam segala hal sangat perlu termasuklah dalam rasa sayang.
Ramai yang over dalam cinta.Cinta sesama manusia.Sayang terlampau biarpun tahu ia bukan ada pertalian darah secara sah dengannya.Biarpun yakin dialah insan yang akan sehidup semati namun itu bukanlah jaminan untuk sayang bagai nak rak.Kita hanya mampu merancang.Allah jua yang menetukan.Sebaik-baik perancang adalah Dia Yang Maha Mengetahui.Yakinlah dengan ketentuan Ilahi.

SAYANG ~ sanjung bagai nak rak ; apabila ada ketidakpuasan hati timbul ; Benci ~ hina,cerca bagai nak rak..
Sayang bukan bermakna sanggup melakukan apa sahaja demi dia tetapi sayang membawa diri suatu kesedaran di mana batas-batas yang perlu dijaga.
Bersederhanalah dalam segala hal agar tidak jatuh kecewa bagai nak rak di kemudian hari... Apa jua tindakan perlu difikir secara waras dalam keadaan waras sebelum beraksi...


Korban.

Bulan Zulhijjah.
Penyatuan umat Islam dari seluruh pelosok dunia.Beruntunglah bagi mereka yang terpilih menjadi tetamu di rumah Allah pada musim haji ini.Alhamdulillah..

Dan bagi mereka yang tidak berada di tanah suci,pun ada penyatuan.Sanak saudara ,semua balik kampung untuk sama-sama berkumpul meraikan hari raya Aidiladha.Tapi ada juga yang tidak pulang ke kampung atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.Tidak mengapa,bukan rezeki untuk kali ini.Walau di mana sahaja kita berada yang penting niat dan amalan kita..

Hakikatnya Aidiladha ini lebih meriah datipada Aidilfitri.Mengapa?kerana takbir memuji kebesaran Ilahi bergema sana sini dari 11-13 Zulhijjah..Meriah terasa suasananya.. =)

Apa-apapun hayati erti sebenar korban.Jangan hanya tahu nak beraya dan makan daging korban sahaja.. 
Semoga ada niat dan azam untuk korban hati dan nafsu dalam usaha untuk menjadi hambaNya yang lebih baik.Moga ia menjadi titik permulaan dan pengakhiran yang baik. in shaa Allah...

Taqabbalallahu minna wa minkum...
Kullu 'am wa antum bikhair...

#Salam Aidiladha.Maaf Zahir dan Batin#

Monday

Hakim persendirian



Cantik juga la kasut ni tetapi macam sayang je nak pakai kalau ada kasut macam ni lebih-lebih lagi kalau ianya hadiah dari seseorang. ^-^
Hasil tangkapan dua biji mata daripada gambar ini,agak-agaknya berapa saiznya ya? ~_^
Tiada kasut yang mempunyai hanya satu saiz sahaja bukan?
sebab setiap orang mempunyai saiz kasut yang berbeza.
lain orang lain saiznya.
ada yang kecil,ada yang besar.
hmm,macam mana saiz kasut yang pelbagai,,begitu jugalah dengan kehidupan.
semua orang mempunyai kehidupan yang tersendiri.Lain latar belakang,lain lifestyle nya.
Jadi,mengapa mudahnya menghakimi orang lain dengan hanya berdasarkan hasil gambaran luaran?
Belajarlah menerima perbezaan.hargailah kelainan kerana daripada perbezaan juga ada keistimewaan.
Didiklah hati untuk tidak gelojoh membuat kesimpulan.
Rambut sama hitam,isi kotak hati lain-lain.

Realitinya,ada orang yang kita tidak kenali tetapi dia terlebih kenal diri kita sehingga begitu yakin untuk menghakimi kita.
Q-tak penat ke jadi hakim untuk diri sendiri?
Don't judge too fast,Don't judge too much!
# senyumlah =) #

Friday

Manisnya musibah


peritnya ujian,
masinnya tangisan,
pahitnya dugaan,
namun yakinlah disebaliknya ada sebuah kemanisan.

usah mengeluh akan sesuatu kesusahan,
disebaliknya pasti ada tersembunyi keistimewaan.

pandang sesuatu perkara dengan mata hati,
agar tidak menyesal di kemudian hari.




# senyumlah =) #

Thursday

Sebuah pertemuan


Setiap perjumpaan,pertemuan bukanlah suatu kebetulan, tetapi ketentuan Allah
Setiap orang yang kita berjumpa pasti berpisah pada akhirnya
Jangan fikir perjumpaan dalam perspektif,kita jumpa orang yang kita suka atau kurang suka
Fikir dalam konteks setiap perjumpaan ditentukan Allah dan ingatlah Allah tidak pernah melakukan apa-apa yang sia-sia.Maka setiap perjumpaan itu ada maknanya tersendiri
Lihat di sebalik apa yang dipelajari daripada setiap pertemuan.
Dengan demikian,maka kuranglah mengumpat kerana teringat Allah, dan dengan bersangka baik kepada Allah bahawa orang yang ditemukan kepada kita ada hikmahnya,apalah yang perlu diumpatkan dan apalah yang perlu disimpan rasa benci.


kredit to Ahmad Dasuqi =)

Monday

Pain.


Bunyi siren ambulans menandakan ada pesakit yang memerlukan rawatan dengan segera demi sebuah nyawa.
Sihat dan sakit adalah dua perkara berbeza.
Yang sihat berasa bahagia.Yang sakit berasa derita.
Sihat yang menggantikan sakit adalah peluang.
Sakit yang menggantikan sihat adalah ruang.
Tidak semua rasa sakit adalah musibah.Kerana rasa sakit juga adalah hikmah.
Sakit,terluka kerana kehilangan adalah ruang.

There are two types of pain in this world.
The pain that hurts you and the pain that changes you.
//Make the pain changes you to improve yourself//


Kehilangan orang tersayang adalah keterlukaan yang mampu mengubah seseorang.Lihatlah pada sudut positif.Kematian orang tersayang adalah peringatan kepada yang hidup akan sebuah kematian.

#Bunyi siren ambulans yang melintasi jalan tar uiam gombak hari  ini mengingatkan diri kepada yang tiada.My dear Amir,masih jelas kelihatan air mukamu sebelum berada dalam kenderaan putih merah.Semoga ditempatkan bersama orang-orang soleh.#

Wednesday

Super 'S'

Sendiri itu senang
Sendiri itu selesa
Sendiri itu segera
Sendiri itu senyum
Sendiri itu sedar 
Sendiri itu selidik
Sendiri itu sesuatu
Dalam sendiri itu ada keindahan.
*Guna mata hati untuk fahami sendiri*

Kadang-kadang orang melihat perkataan sendiri itu lonely,keseorangan,kesedihan,kemuraman.Tetapi sebenarnya sendiri itu juga memudahkan,bukan?(hmm,mgkin ada yg tidak bersetuju.-pandangan masing-masing terhadp sendiri.ianya subjektif.)

Hakikatnya,kita tidak pernah bersendiriran,langit ilahi selalu menaungi kita,selalu melihat tindak tanduk kita.Diri selalu leka,lalai.Astaghfirullah!Sehinggalah kita dijemput ke alam kubur,barulah kita bersendiri brsama 'bekalan' yg dibawa.(Aih,xbersendiri juga tu!-)
Ayuh tingkatkan amalan kurangkan kemungkaran.
Stop competing with others,start competing with yourself

#Accept yourself.love yourself.Always be kind#

Monday

Duit Syiling


Lain orang,lain pemikirannya.Lain orang lain pula pandangannya."Rambut sama hitam tapi hati lain-lain".Apa pandangan orang terhadap kita?or maybe just like this question,What people would say or think about us....?People may say or think anything about you,but is it correct?Adakah mereka kanal kamu luar dan dalam?

That is why,"what people think of you should not be a reflection of who you are.It should be a reflection of their understanding of who you are.Not  more..Well,we cannot see two sides of the coin at the sme time..Remember,there is nothing deep down inside us except what we have put there ourselves.Problems are not stop signs,they are guidelines.Never complain and never explain.Just do your best.What you plant now,you will harvest later..In shaa Allah.". ♥ Vs



Jadi,jangan kisah apa saja orang nak fikir tentang kita.Yang penting,adalah diri kita,apa yang kita lakukan untuk mengisi 'isi kandungan' dalam diri sendiri kerana itu yang terpancar pada luaran diri kita dan menunjukkan siapa kita. #Love#


Tuesday

Hikmah





Kehilangan kadang-kadang terlalu perit untuk ditelan tetapi kehilangan juga adalah satu didikan untuk melatih diri menjadi lebih tabah.Kuncinya adalah redha.Memang bukan mudah tetapi masa yang akan menentukan.Beruntunglah sesiapa yang diberikan hidayah.Doakan supaya diri tidak terpesong setelah dikurniakan hidayah.Hidayah adalah sesuatu yang amat mahal tiada nilai baginya.
Genggamlah ia,jagalah sehabisnya.

Hidayah hanya datang dan pergi,manfaatkan hidayah Allah dengan sabar di atas ketentuanNya.
Cintailah Allah dan Rasul melebihi sesiapa,
semoga Allah ampuni dosa-dosa kita . . .

Allah izinkan berlaku kehilangan dan perpisahan,
kerana kehilangan dan perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah berfirman, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."

Monday

Enam.



                                                        #Jangan lupa puasa enam!#

Syawal dirai nikmat disyukuri


Salam Syawal...
Semalam,hari ini,rumah terbuka masih rancak diadakan.Dan juadah pun,,hmmm...boleh tahan...Dannn berat badan pun naik-naik,tidak turun-turun.(haish,bila nak start puasa enam?)

Open house sana sini,suasana raya masih terasa walaupun budak sekolah sudah kembali ke sekolah,orang dewasa sudah kembali bekerja.Ayuh,semamgat untuk kembali bekerja!hehe.yang pasti bagi yang masih bercuti,masih lagiiiiiii menikmati cuti ini. =)

Apabila bercakap tentang lebaran,kuih raya,baju raya,kasut raya dan lain-lain raya memang tidak dapat dipisahkan,bukan?Menyentuh perihal baju raya.berapa pasang  tahun  ni?Wah,ada yang 5,6 pasang,ada juga yang 8,9 pasang!Semangat ye nak raya. =)
Tak kisah lah berapa pasang baju raya masing-masing,tapi yang pasti jangan membazir.Rasanya sepasang pun dah cukup untuk dipakai pergi solat raya.Yelaaa,nak solat raya sunat pakai baju baru.Tapi kalau 8,9 pasang?tiap-tiap hari nak baju baru!Tak salah pun banyak baju,tapi kalau niat nak menunjuk-nunjuk,itu yang salah!Bagi saya,sepasang dah memadai.Raya kedua,ketiga dan seterusnya,tak kisah pun recycle baju dulu-dulu.Yang penting apa erti lebaran perlu diutamakan.Hayati erti sebenar eid fitri.Eidul Fitri adalah untuk meraikan kemenangan setelah 'berjaya' mengharungi sebulan Ramadhan dan menzahirkan rasa kesyukuran.Alhamdulillah . . . 
paling penting kesederhanaan adalah pilihan terbaik.
Taqabbalallahu minna wa minkum . . .

Apa-apapun,kanak-kanak adalah insan yang paling gembira di hari raya dan hilai tawa merekalah yang menceriakan suasana,kan Iman??? =)

Friday

Pada yang tiada

Rindu pada yang tiada,
Tiada untuk selamanya.
Mudah untuk dipujuk malah lebih mudah untuk redha
tetapi
rindu pada yang tiada
tiada di depan mata dekat dalam hati.
ibarat dekat tapi jauh.
Ya Allah,, yang maha suci tuhan pemilik alam kasih sayang
ia amat memeritkan.
#kehidupandankematian#

kembali kepada fitrah . . .
Salam eidul fitri.
taqabbalallahu minna wa minkum..
kullu 'am wa antum bikheir..

Thursday

Penjarakan Hati

Ya Ramadhan...
Dia masih bertamu pada saat nadi masih lagi berdetik.
Alhamdulillah...
Namun,waktu keberangkatannya sudah hampir tiba.
Tinggal 9 hari sahaja lagi.
Jom rebut baki yang masih ada sebelum tiada.
Di 10 terakhir Ramadhan,
penjarakanlah hati dari nafsu dunia
yang hanya setitik air dari seluas lautan.
Penjarakanlah hati dari sifat mazmumah
agar berkurang sifat negatif.
kuncikan hati dengan sifat mahmudah
agar terdidik dengannya.
kuncikan hati agar cenderung kepada perkara ukhrawi
agar tidak terus leka nanti.


Fight for lailatul Qadar!
May Allah choose us for Qiyam..
#janganlah pada lailatul qadar kita tidur!#

Sunday

Ramadhan kereem


There has come to you  Ramadhan, a blessed month which Allah has enjoined you to fast during which the gates of paradise are opened and the gates of Hell are closed, and the rebellious devils are chained up.In it there is a night which is better that a thousand month-whoever is deprived of its goodness is indeed deprived. ( An-Nasaa'i)

Grab all the chances in this holy month and always remember that it could be our LAST Ramadhan . . .

RAMADHAN KAREEM . .. .